Saturday, 8 September 2012

PUNCA GUNUNG BERAPI MELETUP


Gunung berapi meletup apabila magma mula meletus ke permukaan bumi. Lazimnya, magma berada sedalam lima hingga 20 ribu meter di bawah tanah. Pada mulanya, batu yang dipanaskan bertukar menjadi cecair lantas menyebabkan ketumpatannya lebih ringan daripada batu. Selepas itu, cecair akan naik setinggi 10 hingga 20 ribu meter dan membentuk takungan magma yang kemudiannya meletus ke permukaan bumi.
Semasa proses pengumpulan magma, wap air yang terbebas akan naik secara perlahan-lahan dan terkumpul di bawah kawah. Apabila tekanan udara semakin bertambah, ia akan dipancutkan bersama batu-batan, lumpur dan sebagainya. Saluran yang magma lalui ke permukaan bumi dipanggil ‘conduit’. Dari saluran conduit ke bukaan di permukaan bumi dipanggil ‘kawah’. Magma yang dilepaskan melalui kawah pula dipanggil ‘lava’. Fenomena letupan gunung berapi ini boleh kita bayangkan seperti apa yang berlaku ketika penutup minuman berkarbonat yang telah digoncang dibuka lalu airnya terpancut keluar. Namun, apabila wap air dan magma di dalam takungan magma dipancut keluar, tekanan semakin berkurangan dan aktiviti gunung berapi juga turut perlahan.

 Sumber: Gomdori co. 
>>dari buku Ikhtiar Hidup di Kawasan Gunung Berapi

No comments:

Post a Comment