Batu gunung berapi
yang tidak sempat menghablur dan membeku semasa magma diletuskan ke udara.
Apabila magma diletuskan, gas volatile yang berada di dalam magma akan
dilepaskan lalu membentuk banyak liang udara. Akibat proses pengerasan yang
cepat itu, banyak liang udara akan terbentuk. Semakin banyak liang udara maka
nilai gravity juga semakin rendah di mana ia boleh terapung di permukaan air.
Pada tahun 1883, banyak batu Pumice terhasil dan ditemui apabila Gunung Berapi
Krakatau meletus. Lapisan batu Pumice memenuhi permukaan air seluas berpuluh
ribu kilometer persegi. Malah lapisan batu Pumice berketinggian 1.5 meter
pernah ditemui di kawasan tertentu!
Kegunaan batu Pumice
Batu Pumice
mempunyai banyak liang, ringan keras, bersifat antiasid dan boleh bertahan pada
suhu tinggi. Disebabkan ciri-ciri tersebut, ia selalu digunakan sebagai bahan
pembinaan. Semasa membuat batu-batu konkrit, gambungan batu Pumice boleh
meminimumkan isi padu dan dapat mencegah
pertumbuhan kulat serta ancamanserangga. Dari segi kosmetik pula, ia amat
berkesan untuk menyingkirkan kulit mati.
Sumber: Gomdori co.
>>dari buku Ikhtiar Hidup di Kawasan Gunung Berapi
Sumber: Gomdori co.
>>dari buku Ikhtiar Hidup di Kawasan Gunung Berapi
No comments:
Post a Comment