Bahagian dalam
bumi terbahagi kepada kerak bumi, mantel dan juga teras bumi. ‘Plat’ terbentuk
daripada kerak bumi dan mantel. Ketebalan plat boleh mencapai hingga 100 ribu
meter. Permukaan bumi terbentuk daripada sembilan plat utama iaitu Plat Eropah,
Afrika, India, Pasifik dan beberapa plat kecil yang lain. Hasil kajian ahli
penyelidik mendapati plat bergerak beberapa sentimeter setiap tahun disebabkan
aktiviti pemanasan yang berlaku di dalam mantel. Pergerakan dan pertembungan
antara plat terbahagi kepada dua; sekeping plat menggelongsor di bawah plat
yang lain; yang kedua ialah pertembungan antara plat. Pertembungan antara plat
akan menghasilkan gunung dan boleh mengakibatkan berlakunya gempa bumi dan
gunung berapi masih aktif.
Sumber: Gomdori co.
>>dari buku Ikhtiar Hidup di Kawasan Gunung Berapi
Sumber: Gomdori co.
>>dari buku Ikhtiar Hidup di Kawasan Gunung Berapi
No comments:
Post a Comment