::-webkit-scrollbar { height:12px; width: 12px; background: #ffffff; } ::-webkit-scrollbar-thumb { background-color: #FF00CC; -moz-border-radius: 10px; border-radius: 10px; border: 1px solid #33CCFF; } -->
Tentang Gunung Berapi

Saturday, 8 September 2012

TANDA-TANDA SEBELUM GUNUNG BERAPI MELETUS



Teknologi terkini masih gagal meramal secara tepat bila letupan gunung berapi akan berlaku. Namun tanda-tanda berikut biasanya akan muncul sebelum berlakunya letusan. Ini membolehkan kita membuat ramalan sama ada ianya akan meletus atau tidak supaya kita sempat membuat langkah-langkah persediaan.


i. Wap air terpancut dari kawah

ii. Mata air panas atau lubang fumarol menjadi aktif.
iii. Tekanan wap air dari conduit naik ke atas lalu melanggar batu dan menyebakan runtuh
iv. Sulfur dioksida dan magma terpancut keluar
v. Aktiviti magma di bawah permukaan bumi akan menyebabkan gempa sebelum gunung berapi meletup.
vi. Terdapat fenomena permukaan bumi akan berbonggol di Gunung St. Helens sebelum gunung berapi meletup.


Sumber: Gomdori co. 

>>dari buku Ikhtiar Hidup di Kawasan Gunung Berapi
Posted by Unknown at 08:56 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

ROBOT PENINJAU GUNUNG BERAPI



Ahli volkanologi menggunakan robot peninjau, Donate 2 untuk melakukan tinjauan dan penyelidikan. Robot ini dicipta oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) untuk meninjau keadaan planet di angkasa lepas. Kini penggunaan Donate 2 sangat meluas dan Berjaya mengurangkan jumlah kematian atau kecederaan penyelidik.

Sumber: Gomdori co. 

>>dari buku Ikhtiar Hidup di Kawasan Gunung Berapi
Posted by Unknown at 08:35 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

AHLI VOLKANOLOGI MENYABUNG NYAWA DEMI PENYELIDIKAN


‘Volkanologi’ adalah istilah meliputi penyelidikan tentang pembentukan, liputan, jenis dan komposisi gunung berapi serta bahan pancutan hasil letusan gunung berapi (seperti lava, bom gunung berapi, debu dan gas gunung berapi), kegiatan pembentukan gunung berapi, gempa bumi serta kaitan antara proses geological. Sistem penyelidikan volkanologi menjadi lebih bersistematik pada abad ke-19. Tujuan utama volkanologi ialah menyelidik sifat dan factor letusan gunung berapi supaya kita boleh menjangka bila gunung berapi akan meletus lagi. Ahli volkanologi menggunakan pelbagai kelengkapan berteknologi tinggi seperti satelit, tiltmeter, seismometer dan radar untuk memahami aliran lava, struktur dan liputan debu gunung berapi. Walaubagaimanapun, penyelidikan volkanologi tetap berisiko walaupun dilengkapi pelbagai kelengkapan canggih. 


Sumber: Gomdori co. 
>>dari buku Ikhtiar Hidup di Kawasan Gunung Berapi
Posted by Unknown at 08:32 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

PUNCA GUNUNG BERAPI MELETUP


Gunung berapi meletup apabila magma mula meletus ke permukaan bumi. Lazimnya, magma berada sedalam lima hingga 20 ribu meter di bawah tanah. Pada mulanya, batu yang dipanaskan bertukar menjadi cecair lantas menyebabkan ketumpatannya lebih ringan daripada batu. Selepas itu, cecair akan naik setinggi 10 hingga 20 ribu meter dan membentuk takungan magma yang kemudiannya meletus ke permukaan bumi.
Semasa proses pengumpulan magma, wap air yang terbebas akan naik secara perlahan-lahan dan terkumpul di bawah kawah. Apabila tekanan udara semakin bertambah, ia akan dipancutkan bersama batu-batan, lumpur dan sebagainya. Saluran yang magma lalui ke permukaan bumi dipanggil ‘conduit’. Dari saluran conduit ke bukaan di permukaan bumi dipanggil ‘kawah’. Magma yang dilepaskan melalui kawah pula dipanggil ‘lava’. Fenomena letupan gunung berapi ini boleh kita bayangkan seperti apa yang berlaku ketika penutup minuman berkarbonat yang telah digoncang dibuka lalu airnya terpancut keluar. Namun, apabila wap air dan magma di dalam takungan magma dipancut keluar, tekanan semakin berkurangan dan aktiviti gunung berapi juga turut perlahan.

 Sumber: Gomdori co. 
>>dari buku Ikhtiar Hidup di Kawasan Gunung Berapi
Posted by Unknown at 08:24 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

FAKTOR TASIK MENJADI BERASID


Gas gunung berapi terdiri daripada wap air (60 peratus hingga 95 peratus), karbon dioksida, sulfur dioksida, hydrogen sulfide, hydrogen klorida dan sebagainya. Air merupakan elemen yang mempunyai peratusan paling tinggi diikuti gas karbon dioksida. Gas karbon dioksida yang larut dalam air akan membentuk asid karbonik. Ada juga gunung berapi yang melepaskan gas sulfur dioksida dan hydrogen klorida. Apabila sulfur dioksida larut dalam air, ia akan membentuk asid sulfuric manakala jika hydrogen klorida adalah dua jenis bahan kimia yang mudah larut dalam air. Oleh itu, apabila gas gunung berapi dan magma bercampur dengan air tasik, serta-merta tasik berasid akan terbentuk.


Sumber: Gomdori co. 
>>dari buku Ikhtiar Hidup di Kawasan Gunung Berapi
Posted by Unknown at 08:13 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

BATU TERAPUNG DI PERMUKAAN AIR - BATU PUMICE


Batu gunung berapi yang tidak sempat menghablur dan membeku semasa magma diletuskan ke udara. Apabila magma diletuskan, gas volatile yang berada di dalam magma akan dilepaskan lalu membentuk banyak liang udara. Akibat proses pengerasan yang cepat itu, banyak liang udara akan terbentuk. Semakin banyak liang udara maka nilai gravity juga semakin rendah di mana ia boleh terapung di permukaan air. Pada tahun 1883, banyak batu Pumice terhasil dan ditemui apabila Gunung Berapi Krakatau meletus. Lapisan batu Pumice memenuhi permukaan air seluas berpuluh ribu kilometer persegi. Malah lapisan batu Pumice berketinggian 1.5 meter pernah ditemui di kawasan tertentu!

Kegunaan batu Pumice
Batu Pumice mempunyai banyak liang, ringan keras, bersifat antiasid dan boleh bertahan pada suhu tinggi. Disebabkan ciri-ciri tersebut, ia selalu digunakan sebagai bahan pembinaan. Semasa membuat batu-batu konkrit, gambungan batu Pumice boleh meminimumkan isi  padu dan dapat mencegah pertumbuhan kulat serta ancamanserangga. Dari segi kosmetik pula, ia amat berkesan untuk menyingkirkan kulit mati.


Sumber: Gomdori co. 
>>dari buku Ikhtiar Hidup di Kawasan Gunung Berapi
Posted by Unknown at 08:07 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

ALIRAN PIROKLASTIK YANG MENAKUTKAN


Gas gunung berapi, batu kelikir, debu gunung berapi dan pelbagai jenis bendasing akan dilepaskan ke udara apabila gunung berapi meletus. Aliran piriklastik ini akan runtuh dan ‘mengalir’ ke kaki gunung dengan kelajuan yang sangat menakutkan. Fenomena inin dikenali dengan aliran piroklastik. Ini merupakan ancaman yang paling bahaya apabila gunung berapi meletus. Pada tahun 79, Masihi, Gunung Berapi Vesuvius di Itali meletus. Aliran piroklastik yang dihasilkan menyebabkan Bandar Pompeii yang serba maju dan makmur pada zaman Rom Purba musnah sekelip mata sahaja. Kerja penggalian artifak di Bandar Pompeii menemui sejumlah tulang seorang wanita yang berkecai melebihi 200 serpihan. Penemuan ini jelas menunjukkan kekuatan menakjubkan akibat aliran piroklastik.

Kelajuan aliran piroklastik yang terpantas pernah dicatat mencecah 200 ribu meter per jam. Suhu bahagian dalamnya di antara 300 darjah Celcius hingga 800 darjah Celcius. Letusan Gunung Berapi Pelee di Pulau Martinique yang terletak berhampiran Kepualauan India Barat pula berlaku pada tahun 1902. Aliran piroklastik letusan gunung berapi tersebut menyelubungi Kampung Saint Pierre sejauh 8000 ribu meter. Dalam masa satu hingga dua minit, lebih kurang 28, 000 penduduknya maut akibat sesak nafas.


Sumber: Gomdori co. 
>>dari buku Ikhtiar Hidup di Kawasan Gunung Berapi
Posted by Unknown at 07:54 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

Blog Archive

  • ▼  2012 (15)
    • ▼  September (15)
      • TANDA-TANDA SEBELUM GUNUNG BERAPI MELETUS
      • ROBOT PENINJAU GUNUNG BERAPI
      • AHLI VOLKANOLOGI MENYABUNG NYAWA DEMI PENYELIDIKAN
      • PUNCA GUNUNG BERAPI MELETUP
      • FAKTOR TASIK MENJADI BERASID
      • BATU TERAPUNG DI PERMUKAAN AIR - BATU PUMICE
      • ALIRAN PIROKLASTIK YANG MENAKUTKAN
      • PLAT TEKTONIK
      • PRINSIP SEISMOMETER MANUAL
      • MENGAPA GEMPA BUMI TERJADI?
      • JENIS-JENIS GUNUNG BERAPI
      • LAVA PALING PANAS DI BUMI
      • LINGKARAN CINCIN API PASIFIK
      • GUA TERBENTUK DARIPADA MAGMA
      • ASAL-USUL GUNUNG BERAPI

About Me

Unknown
View my complete profile

Theme images by imagedepotpro. Powered by Blogger.