‘Volkanologi’
adalah istilah meliputi penyelidikan tentang pembentukan, liputan, jenis dan
komposisi gunung berapi serta bahan pancutan hasil letusan gunung berapi
(seperti lava, bom gunung berapi, debu dan gas gunung berapi), kegiatan
pembentukan gunung berapi, gempa bumi serta kaitan antara proses geological.
Sistem penyelidikan volkanologi menjadi lebih bersistematik pada abad ke-19.
Tujuan utama volkanologi ialah menyelidik sifat dan factor letusan gunung
berapi supaya kita boleh menjangka bila gunung berapi akan meletus lagi. Ahli
volkanologi menggunakan pelbagai kelengkapan berteknologi tinggi seperti
satelit, tiltmeter, seismometer dan radar untuk memahami aliran lava, struktur
dan liputan debu gunung berapi. Walaubagaimanapun, penyelidikan volkanologi
tetap berisiko walaupun dilengkapi pelbagai kelengkapan canggih.
Sumber: Gomdori co.
>>dari buku Ikhtiar Hidup di Kawasan Gunung Berapi
Sumber: Gomdori co.
>>dari buku Ikhtiar Hidup di Kawasan Gunung Berapi
No comments:
Post a Comment