Di planet kita ini
terdapat lebih 800 gunung berapi yang wujud. Merujuk gambar di bawah; gunung
berapi hanya terletak di kawasan spesifik atau secara tepatnya mengikut bentuk
rantaian unik yang dipanggil ‘lingkaran gunung berapi’. Terdapat tiga lingkaran
gunung berapi utama iaitu Lingkaran Cincin Api Pasifik, Lingkaran Alpide
(termasuk Gunung Himalaya) dan Lingkaran Atlantik Tengah. Daripada jumlah
gunung berapi yang terdapat di dunia, 4/5 terletak di Lingkaran Cincin Api Pasifik.
Gunung berapi tersebut bukan sahaja masih aktif, malah tersusun dalam bentuk
rangkaian yang sangat ketara. Secara keseluruhannya, Lingkaran Cincin Api
Pasifik, Lingkaran Gunung Pasifik dan Lingkaran Gempa Bumi Pasifik terletak di
lokasi yang sama. Faktor pembentukkannya boleh kita fahami melalui teori plat
tektonik.
Sumber: Gomdori co.
>>dari buku Ikhtiar Hidup di Kawasan Gunung Berapi
Sumber: Gomdori co.
>>dari buku Ikhtiar Hidup di Kawasan Gunung Berapi
No comments:
Post a Comment